You are here

Testimonial

Nor Laila binti Mat (Batch 10B)

Sebuah kolej yang menitik beratkan agama Islam sebagai pegangan dalam kehidupan seharian.Saya berpuas hati kerana dapat belajar di sini walaupun terdapat beberapa kekurangannya. Namun itu tidak menjadi halangan buat saya untuk belajar dan mempelajari ilmu di sini.

Terima Kasih kolejku kerana memberi peluang untuk saya belajar di sini.

Siti Rosliza binti Wa Ali (Batch 11)

  • Kolej ini bagus dan dapat melahirkan jururawat yang berkualiti.
  • Cara penyampaian pensyarah bersesuaian.
  • Tenaga pengajar berpengalaman.
  • Kemudahan skill lab yang bagus.
  • Pengurusan kolej yang baik.
  • Pengangkutan yang disediakan untuk menjalani klinikal.

Farah Shamsudin (Batch 10B)

Kolej Murni adalah sebuah kolej yang sangat bagus kerana mengamalkan disiplin yang diterapkan kepada setiap pelajar bermula dari hari pertama mereka belajar disini.Selain itu kolej ini saya perhatikan bukan mengutamakan unsur bisnes semata-mata seperti apa yang saya lihat pada kolej-kolej kejururawatan yang lain.Kolej ini lebih mementingkan pendidikan dan kualiti seorang pelajar kejururawatan. Terima kasih buat semua staff Kolej Murni.

Lailatul Badriah (Batch 10B)

Kolej Kejururawatan Murni adalah sangat baik kerana ia berkonsepkan keislaman dari pelbagai segi seperti cara berpakaian. Cara pembelajaran juga baik kerana sangat bersistematik. Semua pelajar di ajar menghormati antara satu sama lain. Terima kasih kepada semua warga Kolej Kejururawatan Murni jasamu di kenang.


Azura binti Sulaiman (Batch 11)

Sepanjang 3 tahun berada di Kolej Kejururawatan Murni banyak telah saya perolehi dan telah saya pelajari. Bukan sahaja dari aspek pembelajaran tetapi banyak mengajar saya erti hidup dalam mengejar cita-cita dan kejayaan sebagai seorang insan dunia dan akhirat.Teruskan usaha anda dalam mendidik anak bangsa serta melahirkan modal insan yang produktif dan inovatif justeru dapat melahirkn produk jururawat Kolej Kejururawatan Murni yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

User login